Saturday, 3 September 2016

ALAT-ALAT CoRT 4 (PEMIKIRAN KREATIF)

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai alat-alat CoRT 4,sila klik pautan yang disediakan. https://prezi.com/ixrclqokktzk/alat-alat-kemahiran-berfikir-cort-i-dan-iv/

ALAT-ALAT CoRT 1 (KELUASAN PERSEPSI)

Terdapat tujuh alat berfikir dalam CoRT 1 ini iaitu: A. Baik. Buruk dan menarik [Plus Minus Intereting (PMI)] B – BAIK (Plus) : Perkara yang difikirkan baik bagi sesuatu idea. B – BURUK (Minus) : Perkara yang difikirkan tidak baik bagi sesuatu idea. M – MENARIK (Interesting): Perkara yang tidak termasuk dalam plus dan minus tetapi menarik tentang sesuatu idea. Alat-alat ini boleh digunakan dalam sesi sumbangsaran, perbincangan atau apabila kita berfikir tentang sesuatu idea. Sebelum sesuatu keputusan dibuat, sebaiknya kita harus menggunakan alat ini bagi mendapatkan keputusan yang terbaik. B. Ambil kira dalam semua faktor [Consider All Factors (CAF)] Dalam kehidupan, kita sering menemui keadaan yang memerlukan kita membuat pilihan, keputusan atau rancangan untuk menjayakan cita-cita kita. Untuk tujuan ini alat berfikir CAF boleh digunakan bagi membantu kita membuat keputusan yang sesuai untuk masa kini dan masa akan datang. Apabila menggunakan CAF, kita akan menyebaraikan semua faktor yang terbabit dalam sesuatu idea untuk memilih mana-mana yang sangat berkaitan dan penting sahaja. C. Kesan Mengikut Jangka Masa [Consequence and Sequel (C&S)] Kita sering membuat inovasi dalam kehidupan seharian sama ada dengan mencipta, mengubahsuai atau melaksanakan sesuatu pendapat dan cara hidup. Begitu juga dalam mencipta peraturan atau alatan, yang semuanya menuju kepada memajukan diri kita dari semasa ke semasa. Apa sahaja yang kita lakukan perlulah difikirkan sebaik mungkin agar ia sesuai dengan kehendak semasa. Untuk tujuan ini alat berfikir C&S sesuai digunakan. Kita juga perlu memikirkan kesan-kesan lain akibat rancangan kita itu, iaitu kesan kepada orang lain, masyarakat dan juga alam sekitar. D. Tujuan, Matlamat dan Objektif [Aims, Goals and Objectives (AGO)] Setiap apa yang kita lakukan sudah tentu ada alasan dan sebabnya. Mungkin kerana ia hobi kita atau kita membuat kerana terpengaruh dengan orang lain atau untuk mendapat pujian dari orang ramai. Ada kalanya kita melakukan sesuatu kerana ada tujuan tertentu ataupun untuk mencapai sesuatu objektif atau matlamat. Sekiranya kita tahu apa sebenarnya matlamat kita dalam melakukan sesuatu, ini memudahkan kita untuk mencapainya. E. Kepentingan Utama Didahulukan [First Important Priority (FIP)] Setelah kita menggunakan alat-alat berfikir PMI, CAF, C&S, dan juga AGO, timbul masalah untuk membuat pemilihan di antara banyak faktor, objektif dan kesan-kesan yang telah kita senaraikan bagi sesuatu perkara atau rancangan yang kita lakukan. Untuk tujuan pemilihan ini kita terpaksa memilih sebahagian sahaja dan meninggalkan sebahagian yang lain kerana tidak mungkin kita dapat lakukan semua itu secara serentak. F. Aternatif, Kemungkinan dan Pilihan [ Alternatives, Possibilities and choices (APD)] Apabila kita perlu mengambil sesuatu tindakan terhadap sesuatu perkara ataupun membuat sesuatu, kita rasa seperti tidak ada banyak pilihan. Alat berfikir (APC) ini mencadangkan kepada kita agar berusaha mencari pelbagai pilihan dan kemungkinan supaya kita dapat melihat idea atau perkara. Ini bertujuan agar kita dapat melihat idea atau isu tersebut dengan pandangan yang luas dan dari beberapa sudut pandangan. Daripada banyak pilihan dan kemungkinan yang disenaraikan barulah kita pilih untuk menggunakan alat FIP yang telah dibincangkan sebelum ini. G. Pandangan Orang Lain [Other People’s View (OPV)] Salah satu aspek dalam kemahiran berfikir ialah kebolehan kita mengetahui apa pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara yang kita lakukan, terutama yang berkaitan dengan orang lain. Alat OPV ini perlu digunakan oleh semua orang terutama pemimpin di semua peringkat sama ada Guru Besar ataupun guru-guru yang mempunyai pelajar sebagai orang yang dipimpinnya. Kita perlu mendengar pandanan orang lain dalam sesuatu hal yang kita putuskan supaya keputusan itu nanti mendapat sokongan dan kerjasama semua pihak. Sebenarnya, apa sahaja yang kita fikirkan juga akan difikirkan oleh orang lain, cuma pendapatnya kadang kala berbeza.

TEKNIK MENYOAL ARAS TINGGI

Terdapat tiga teknik menyoal aras tinggi iaitu: -penyoalan sokratik -soalan bertumpu dan mencapah -lingkaran soalan Klik link untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyoalan sokratik. https://www.youtube.com/watch?v=EkQ_cFOWoWw&app=desktop Klik link untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan soalan bertumpu dan mencapah serta lingkaran soalan. http://documents.tips/documents/teknik-menyoal-aras-tinggi.html

PEMETAAN i-THINK

Terdapat lapan jenis peta i-think A)Peta buih -Digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. B)Peta bulatan -Digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia ada berkaitan sesuatu tajuk. C)Peta buih berganda -Digunakan untuk membandingkan dan membezakan sesuatu D)Peta pokok -Digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea E)Peta dakap -Digunakan untuk menganalisis objek fizikal F)Peta alir -Digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses G)Peta pelbagai alir -Digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. H)Peta titi -Digunakan untuk proses analogi dengan menggunakan faktor perhubungan. Berikut adalah peta i-think

PETA MINDA

Berikut adalah contoh peta minda.Satu pautan video telah disediakan berkaitan cara membuat peta minda. https://www.youtube.com/watch?v=QTGpWuctkc4

ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBUAT NOTA-PENGURUSAN GRAFIK

Pengurusan grafik ialah sesuatu bentuk ilustrasi atau lakaran.Penjelasan lebih lanjut tentang pengurusan grafik bolehlah diketahui melalui pautan yang disediakan. http://belajarkemahiranbelajar.blogspot.my/2014/09/pengurusan-grafik.html

Friday, 2 September 2016

NOTA RUMUSAN

Satu lagi cara untuk membuat nota ialah melalui nota rumusan.Nota rumusan ialah nota yang mengandungi semua data yang dipermudahkan dan diringkaskan dan ditulis dalam bentuk perenggan.Nota rumusan ini hanya melibatkan isi-isi penting tanpa melibatkan huraian yang panjang.Gambar di bawah menunjukkan contoh nota rumusan.