Tuesday, 30 August 2016

Monday, 29 August 2016

ANNOTATION

Annotation ni adalah catatan nota untuk memberi penjelasan dalam bentul penerangan ringkas. mengenai sesuatu kerja seperti artikel, bab buku, buku, laman web atau filem, Penjelasan ni mestilah mempunyai maklumat biblografi lengkap. Annotation ni juga boleh dibuat dengan menggariskan fakta, menandakan isi penting, menggunakan highlight, dan boleh juga menggunakan pelekat. CARA-CARA MEMBUAT NOTA

Wednesday, 24 August 2016

KEMAHIRAN BELAJAR

Kemahiran-kemahiran Dalam Proses Belajar Yang Perlu Dikembangkan? 3.1 Pelajar harus tahu dan mengamalkan langkah belajar berikut semasa belajar: i. Menerima dan mendaftar data atau maklumat: a. Pelajar anda boleh menerima dan ‘mendaftar’ data atau meklumat di mindanya dengan membaca, mendengar atau membuat sesuatu. b. Pembelajaran lebih berkesan sekiranya pelajar menggunakan ketiga-tiga cara itu. ii. Memahami apa yang diterima: a. Pelajar harus memahami data atau maklumat yang diterima kerana pemahamannya akan membantu proses meningkat dan proses mengaplikasi b. Pemahaman bermakna pelajar anda boleh menerangkan semula data atau maklumat dan boleh juga berfikir secara kritis dan kreatif tentang maklumat itu. iii. Mengingat apa yang telah dipelajari: a. Pelajar harus mengingat apa yang telah dipelajari b. Kemahiran mengingat akan dihuraikan di bawah dan pada asasnya prinsip dalam proses mengingat ialah ulangan. iv. Mengaplikasi apa yang telah diperljari a. Pelajar anda harus boleh mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ke dalam situasi yang baru. b. Proses mengaplikasi melibatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan merancang